LOGA RASMI WAKAF INFAQ AQSA

Hubungi Kami

Projek Wakaf Infaq Aqsa adalah merupakan Inisiatif Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) bagi membantu perjuangan umat Islam dalam mempertahankan Masjidil Aqsa menerusi wakaf / infaq, daripada terus menerus diancam oleh Zionis. Usaha mengembeleng seluruh masjid di Malaysia adalah inisiatif di mana menghubungkan kekuatan jemaah muslim Malaysia untuk bersama membela Masjidil Aqsa.

PEJABAT OPERASI WAKAF & INFAQ AQSA

Carlton Holiday Hotel & Suites,

No 1, Tingkat 1, Jalan Akuatik,

Seksyen 13, 40100, Shah Alam,

Selangor Malaysia

03-552 38545 | PEJABAT     +60 13-315 3643 | HOTLINE

@ Hak Cipta Terpelihara JABATAN MEDIA PRESIDEN MAPIM

Sebarang Pertanyaan :

SEKRETARIAT WAKAF & INFAQ AQSA (WILAYAH TIMUR)

5473-G LOT 164 Jalan Dusun Muda,

15200 Kota Bharu,

Kelantan, Malaysia

+609 742 2141 | PEJABAT       +60 13-955 3190 | HOTLINE

Pengenalan Kepada

Projek Wakaf & Infaq Al-Aqsa

Ancaman ke atas Masjid Al-Aqsa As-Syarif harus direnungkan bagaimana umat Islam di seluruh dunia boleh bertindak dan digembleng untuk bertindakbalas. Isu ini bukan hanya soal Masjid Al-Aqsa tetapi membelanya terkait dengan soal Aqidah. Masjid ini dimuliakan kerana ia menjadi Qiblat pertama, tapak Mikraj dan Mihrab Rasulullah S.A.W. mengimamkan solat 125,000 roh para Nabi dan Rasul. 

Penggalian terowong yang berterusan dibawah Masjid Al-Aqsa untuk meruntuhkannya, pencerobohan penduduk Yahudi ke dalam Masjid, usaha meng”Yahudi” kan Masjid Al-Aqsa, penutupan beberapa pintu masuk ke dalam Masjid dan intimidasi askar dan polis Zionis-Israel yang menyekat kaum Muslimin dari memasuki Masjid Al-Aqsa. Semua ini adalah ujian kepada Muslimin, sejauhmana mereka siap melakukan pembelaan ke atas Masjid Al-Aqsa

Sasaran dana Wakaf & Infaq Aqsa adalah melalui aktiviti ekonomi yang akan membiayai seluruh urusan Masjid Al-Aqsa termasuk penyelenggaraan, utiliti, pentadbiran, baikpulih, rehabilitasi, kemudahan publik, pendidikan, perpustakaan dan lain-lain.

Sasaran penyumbang dana terdiri daripada Individu & Keluarga, Qaryah Masjid/Surau, Syarikat & Badan Korporat, Agensi & Organisasi serta Institusi Pendidikan.

1 Unit wakaf berkadar USD 1,500/meter persegi (RM 6,300/meter persegi). Dengan dana yang terkumpul ini, ia akan menjadi modal wakaf untuk sebarang pelaburan yang akan menghasilkan keuntungan di mana keuntungan itu akan disalurkan seluruhnya kepada Masjid AL-Aqsa bertujuan membiayai segala aktiviti yang dinyatakan di atas. Bagi yang kurang berkemampuan, Infaqlah sekadar mana yang termampu kerana Allah SWT akan menilai pengorbanan anda demi membela tanah suci ini.

Haji Mohd Azmi Abdul Hamid

Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM)